"Dunia mungkin tak bisa bergumam mengucap berbagai bahasa, tetapi dunia memiliki banyak cara untuk dibahasakan"
welcome
Sabtu, 27 Oktober 2012
kata-kata penuh makna 2
Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya. Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK. Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu. ~ Whittier Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran. ~ Flower A. Newhouse Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa. Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak. Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak. Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga. Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya. Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya. Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali.. Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya. Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga. Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. ~ William J. Siegel Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya. Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya. Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.. Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda. Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan. Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri. Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib. Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia. Read more at: http://gocengblog.blogspot.com/2012/02/kata-kata-mutiara.html Copyright by gocengblog.blogspot.com Terima kasih sudah menyebarluaskan aritkel ini
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar